NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 6
30 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 6. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan sambungan bagi cara membuka dan memasang android seperti angkat bateri keluar, cara membuka dan memasang LCD Skrin dan tanggalkan skrin. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan cara membuka dan memasang iphone.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: